Friday, April 8, 2016

10 Musim Edaran Air Laut Mengikut Pusingan

Berikut adalah jadual menunjukan kedudukan musim-musim edaran air laut mengikut turutan dalam pusingannya mengikut kalender Islam/Hijrah.

10 Musim Edaran Air Laut Mengikut Pusingan

Memancing Ikan:
Warna air : Ada 2 katagori . Jika air keruh lebih efektif memancing waktu siang. Jika air jernih pula lebih efektif memancing waktu malam , terutama tengah malam bila suasananya agak sunyi dan tiada ganguan bunyi bising

Musim: Musim yang paling baik ialah Air Menyorong kecil atau air menyorong besar (4hb-6 hb, 10hb -12 hb, 19hb-21hb, dan 25 hb-27 hb kalendar Islam ).Ini adalah kerana arus dengan kelajuan yang sederhana , tidak terlalu laju .
Umpan pula bergantung kepada jenis ikan. Begitu juga kedudukan perambut dan panjang perambut . Contohnya ikan sembilang dan pari makan di dasar , jadi umpan harus terletak didasar bila dicampak ke dalam air. Ikan senangin , kurau , jenahak dan ikan bersisik pula gemar makan benda terampai di di dalam air , jadi umpan yang baik , terbuai buai di dalam air.Sedikit terangkat dari dasar.
Kalau kita memancing dalam kumpulan contohnya 3 orang , apabila selesai , kumpulkan hasilnya dan bahagi secara sama rata, Jangan biarkan kawan kawan kita pulang dengan tangan kosong.
Jika ada ikan ikan yang tidak kita perlukan dinaikan, lepaskan semula ke dalam air , jangan dibunuh secara sengaja.

Jadual Air Pasang Bulan Mei 2016

Berikut adalah jadual air pasang bulan april 2016 beserta kalender hijrah 1437H bagi daerah Kuantan dan kawasan sewaktu dengannya.

Jadual Air Pasang Bulan Mei 2016

Masa atau tarikh paling baik untuk mencari rezeki ialah ketika Air Menyorong kecil atau air menyorong besar. Jadualnya seperti berikut mengikut kalender hijrah/islam:

* Tarikh dalam kotak merah di atas adalah hari/masa yang sesuai memancing.
  • 4hb-6hb - Air Menyorong Kecil
  • 10hb-12hb - Air Menyorong Besar
  • 19hb-21hb - Air Menyorong Kecil
  • 25hb-27hb - Air Menyorong Besar
 Ini adalah kerana arus dengan kelajuan yang sederhana, tidak terlalu laju.

Jadi inilah masa menduga sang pemangsa dasar laut, muara atau pantai.

Tuesday, April 5, 2016

Jadual Air Pasang Bulan April 2016

Berikut adalah jadual air pasang bulan april 2016 beserta kalender hijrah 1437H bagi daerah Kuantan dan kawasan sewaktu dengannya.

Bagi yang hendak mendapatkan jadual air pasang bagi kawasannya sila tinggalkan mesej anda di sini.