Friday, April 8, 2016

10 Musim Edaran Air Laut Mengikut Pusingan

Berikut adalah jadual menunjukan kedudukan musim-musim edaran air laut mengikut turutan dalam pusingannya mengikut kalender Islam/Hijrah.

10 Musim Edaran Air Laut Mengikut Pusingan

Memancing Ikan:
Warna air : Ada 2 katagori . Jika air keruh lebih efektif memancing waktu siang. Jika air jernih pula lebih efektif memancing waktu malam , terutama tengah malam bila suasananya agak sunyi dan tiada ganguan bunyi bising

Musim: Musim yang paling baik ialah Air Menyorong kecil atau air menyorong besar (4hb-6 hb, 10hb -12 hb, 19hb-21hb, dan 25 hb-27 hb kalendar Islam ).Ini adalah kerana arus dengan kelajuan yang sederhana , tidak terlalu laju .
Umpan pula bergantung kepada jenis ikan. Begitu juga kedudukan perambut dan panjang perambut . Contohnya ikan sembilang dan pari makan di dasar , jadi umpan harus terletak didasar bila dicampak ke dalam air. Ikan senangin , kurau , jenahak dan ikan bersisik pula gemar makan benda terampai di di dalam air , jadi umpan yang baik , terbuai buai di dalam air.Sedikit terangkat dari dasar.
Kalau kita memancing dalam kumpulan contohnya 3 orang , apabila selesai , kumpulkan hasilnya dan bahagi secara sama rata, Jangan biarkan kawan kawan kita pulang dengan tangan kosong.
Jika ada ikan ikan yang tidak kita perlukan dinaikan, lepaskan semula ke dalam air , jangan dibunuh secara sengaja.

1 comment:

  1. Bos,
    Buku ni tajuk apa?
    Dijual kat mna?
    tq.....

    ReplyDelete